Guru wanita jerit, tarik topeng perompak

SUSPEK yang ditahan. FOTO Melvin Joni

Serian: Dua lelaki ditahan selepas disyaki memecah masuk rumah guru di Kampung Jawa Sungai Menaul, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serian Superintendan Aswandy Anis berkata, dalam kejadian 1.30 pagi semalam, pemilik rumah yang juga guru wanita, 48, terdengar bunyi jeriji pintu dapur dibuka sebelum pergi ke dapur dan melihat seorang suspek yang menutup kepala menggunakan baju di dalam dapurnya sambil memegang pisau kecil.

"Mangsa kemudian menjerit meminta tolong dan juga sempat menghampiri suspek serta menarik penutup kepala suspek sehingga tertanggal.

"Setelah itu kedua-dua suspek terus melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, tiada kerugian dan kecederaan dialami mangsa.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serian, Asisten Komisioner Alias Nen menangkap kedua-dua suspek berusia 22 dan 23 tahun, 5.30 petang semalam di rumah di Kampung Menaul, di sini serta merampas senjata dan pakaian yang digunakan mereka.

Katanya, saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu dan mereka ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

 

Previous Post Next Post