[Video] Rider Food Panda tersadung hantar kek Hari Guru

Sejak semalam, media sosial penuh dengan gambar suasana di sekolah mahupun universiti bersempena sambutan Hari Guru di Malaysia. 

Istimewanya kali ini, para pendidik diraikan secara meriah bersama pelajar susulan 2 tahun 'tergendala' dek penangan wabak Covid-19. Justeru, bermacam-macam acara dilangsungkan sebagai tanda penghargaan serta kenangan seluruh warga insitusi yang terlibat.

Begitulah juga dengan rakaman yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Kamarina yang tular baru-baru ini. Terdahulu, ratusan murid duduk sambil menyaksikan acara sambutan Hari Guru yang sedang berlangsung di atas pentas. Tiba-tiba seorang lelaki dilihat berlari ke arah para cikgu berkumpul, sambil membawa sebuah kotak kek dan bag delivery yang selalu digunakan oleh penghantar makanan.

Namun ketika menaiki tangga pentas, pemuda berkenaan tak semena-mena tersadung sebelum rebah di hadapan khalayak ramai. Sejurus ternampak kejadian itu, pengetua sekolah yang mengenakan persalinan baju Melayu hijau pantas membantunya untuk bangkit semula. 

@kamarina85 Dengan pantas pengetua tolong abang food panda😭😭 Lepas 2 taun x dpt sambut hari guru. Harini seronok dpt kumpul semua semula dgn pelajar #hariraya #hariguru #foodpanda #kektakjadi ♬ original sound - Fadhli - TuanFadhli
Secara keseluruhannya, klip video berdurasi 30 saat tersebut telah mengumpul hampir 300 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati terhadap penghantar makanan tersebut. Selain dikhuatiri mengalami sebarang kecederaan, mereka turut berharap pihak sekolah dapat memaafkannya kerana gagal menghantar kek istimewa tersebut dengan baik. Pun begitu, segelintir warga maya turut beranggapan itu hanya helah prank daripada murid semata-mata.
Previous Post Next Post