NUTP sedia khidmat guaman bantu pengetua disaman guru antivaksin


Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bersedia menyediakan khidmat guaman kepada guru besar yang menjadi ahli kesatuan itu yang disaman guru kerana didakwa didiskriminasi disebabkan tidak mengambil vaksin COVID-19 sebelum ini. 

Presidennya, Amiruddin Awang, berkata pihaknya melihat perkara itu sebagai langkah sokongan perlu diberikan kepada mana-mana penjawat awam disaman sivil hanya kerana menjalankan tanggungjawab atas kapasiti tugasan rasmi kerajaan.

“Guru besar itu menjalankan tanggungjawab mereka berasaskan arahan pihak atasan dan garis panduan dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Sudah pasti mereka akan mendapat khidmat guaman daripada kerajaan. Sekiranya ada keperluan NUTP juga boleh menyediakan khidmat guaman jika kedua-dua guru besar itu adalah ahli (NUTP),” katanya kepada BH, semalam. 

Media sebelum ini melaporkan, seorang guru berpengalaman selama 15 tahun dan berprestasi cemerlang didakwa menlapat layanan tidak sepatutnya daripada pengetua sekolahnya di Ipoh dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara, kerana enggan menerima vaksinasi. 

Alasan itu tidak diendahkan pihak terbabit meskipun doktor memberikan surat pengecualian vaksin dan laporan perubatan mengatakan guru berkenaan mengalami alahan teruk terhadap pelbagai makanan dan ubatan. 

Justeru, pengambilan vaksin akan membaea bawa risiko tinggi ke pada kesihatannya. Bagaimanapun, guru itu diasingkan di bilik stor sekolah sebelum ditempatkan di Pusat an egiatan Guru (PKG). 

Guru berkenaan melalui peguamnya menghantar surat tuntutan (letter of demand) kepada pengetua sekolah yang didakwa bertanggungjawab atas pelbagai bentuk diskriminasi.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, memaklumkan guru yang tidak divaksinasi dibenar mengajar secara bersemuka di kelas dan berada di bilik guru. 

Bagaimanapun, kumpula itu perlu mematuhi Garis Panduan Pengoperasian dan Pengurusan Sekolah terutama beekaitan pemakaian pelitup muka. 

Katanya, seperti mana kehadiran semula pelajar, guru dan warga sekolah pada 1 Mei lalu, guru yang tidak divaksin dibenarkan mengajar di sekolah. 

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikembalikan, Aminuddin berkata, tiada sebarang komen dapat dikeluarkan memandangkan kenyataan itu dilihat tidak sahih daripada pihak berautoriti.

 

Previous Post Next Post