Pendidikan digital patut bermula di peringkat prasekolah

Imej hiasan

Kebanyakan negara maju seperti Jepun, Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Australia cukup bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 5.0 (IR5.0). 

Malaysia pula sedang melalui fasa Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) apabila kita cuba mengetengahkan penggunaan tekno logi dalam pelbagai sektor terutama sektor pertanian, pembuatan dan kesihatan. 

Bagi merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dalam menjadikan Malaysia membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi adil, saksama dan inklusif, maka pendidikan digital per lu diharmonikan pada peringkat persekolahan awal.

Ia merangkumi peringkat taman asuhan kanak-kanak (TASKA), taman didikan kanak-kanak (TADIKA), prasekolah atau mana-mana institusi swasta dan kerajaan di negara ini.

Terdapat beberapa inisiatif perlu diambil Kementerian Pendidikan (KPM) dan sekolah bagi menye. diakan pendidikan berkualiti kepada bakal pemimpin negara.

Salah satu usaha terbaik adalah menjadikan pendidikan digital sebagai pendekatan baharu dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC).

Pendidikan berteraskan digital dimartabatkan KPM sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada 2020.

Namun, banyak sekolah, terutama sekolah luar bandar dan pedalaman masih ketinggalan dalam membudayakan pendidikan digital sebagai pendekatan pembelajaran alaf baharu.

Oleh itu, pemantapan pendidikan digital perlu dilakukan dari masa ke masa supaya murid tidak canggung dalam sistem pendidikan negara berasaskan teknologi canggih menggunakan komputer dan telefon bimbit dalam pembelajaran.

Selain itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) perlu bekerjasama dengan KPM bagi meningkatkan pelbagai program penyelidikan peringkat awal bagi menarik minat kanak-kanak, murid dan belia untuk turus serta dalam aktiviti berkenaan.

Di AS khususnya, pelbagai pihak dan agensi di sana menyediakan banyak aktiviti penyelidikan ke pada masyarakat mereka seperti mengadakan pertandingan mencipta inovasi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sebaliknya, Malaysia lebih memberi peluang dan mempromosikan aktiviti sebegini kepada golongan ilmuwan, akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi sahaja.

Justeru, pertandingan seperti Young Innovator dan STEM Olympiads perlu dilaksanakan pada peringkat awal supaya bakat baharu dan muda bakal menerajui negara dapat dilahirkan.

Kerajaan juga perlu memperkasakan pendidikan digital menerusi penyediaan fasiliti terbaik kepada masyarakat bagi mewujudkan budaya pendidikan digital dalam institusi pendidikan.

Sebelum ini, objektif penggunaan peralatan digital lebih tertumpu kepada persediaan kepada golongan pelajar mengguna dan membiasakan diri menggunakan komputer riba dan telefon bimbit dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR).

Justeru, sekolah perlu menyediakan fasiliti digital terbaik seperti memperbanyakkan makmal komputer dan mempertingkatkan penggunaan komputer riba di sekolah supaya murid menter jemahkan idea mereka dengan lebih terbuka.

Oleh itu, semua pihak perlu membuka minda dalam usaha menjadikan cabaran IR5.0 sebagai penanda aras baharu bagi mencapai kemajuan negara pada tahap tinggi pada masa depan.

Muhammad Nur Azam Ghazali, Pensyarah Kolej Teknologi Darulnaim

Previous Post Next Post