SPM 2021: 9,696 Calon Peroleh Semua A, GPN 4.86




PUTRAJAYA, 15 Jun (Bernama) — Seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.

Dalam sidang media pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021 di sini hari ini, beliau berkata Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 4.86.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

GPN pada 2020 adalah 4.80, 4.86 pada 2019, 4.89 (2018), 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

“Sebanyak 55.29 peratus calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran,” katanya.


Nor Zamani berkata calon SPM 2021 yang layak menerima sijil adalah 336,630 iaitu 88.09 peratus daripada 407,097 calon yang mendaftar.

Sumber: Bernama



 

Previous Post Next Post