Checklist Barang Keperluan Sebelum Daftar Masuk Universiti Untuk Pelajar Baru


Kami yakin, pasti kebanyakan pelajar lepasan SPM sudah tidak sabar-sabar mahu melangkah masuk ke alam universiti kan? 

Mungkin ada yang akan mengambil diploma di salah satu universiti yang terdapat di Malaysia. Untuk pelajar aliran Sains, mungkin kalian akan masuk ke Kolej Matrikulasi ataupun Asasi Sains di mana-mana universiti seluruh Malaysia.

Disebabkan kebanyakan pelajar agak keliru dan tertanya-tanya berkenaan barang yang perlu dan wajib dibawa untuk masuk ke universiti nanti, maka hari ini, kami akan menyenaraikan barang-barang tersebut dengan lengkap agar dapat memudahkan kalian semua nanti.

PALING WAJIB
  • Salinan kad pengenalan pelajar
  • Salinan slip SPM pelajar
  • Surat tawaran kemasukan ke universiti
  • Semua jenis sijil yang dimiliki oleh pelajar
  • Slip penyata gaji ibu bapa
  • Salinan sijil tamat persekolahan pelajar
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akademik dan ko-kurikulum
  • Laporan pemeriksaan kesihatan / X-RAY
  • Gambar passport (4 keping ke atas)
    • Simpan dalam fail untuk memudahkan kalian membawa dokumen ini ke sana sini

PAKAIAN
  • Baju melayu, sampin etc [lelaki]
  • Baju kurung, jubah etc [perempuan] (bawa banyak baju kurung sebab masa MDS mmg akan pakai hari-hari, ikutlah OC suruh pakai apa)
  • T-shirt, kemeja lengan panjang/pendek
  • T-shirt lengan panjang colour putih [perempuan] (ni untuk MDS tau, sehelai dua je bawa, ikutlah OC suruh pakai bila)
  • Seluar – tracksuit, slack, jeans (jangan mengada nak yg ketat-ketat eh)
  • Kain batik [perempuan] & kain pelikat [lelaki]
  • Sweater/cardigan
  • Kain hitam dan baju kurung putih (untuk MDS)
  • Tudung hitam (masa aku MDS memang hari-hari wajib tudung hitam)
  • Variasi tudung ikut suka (uni kot, shawl, tudung bawal/kembong ke hape ke pakai je lah tapi jangan pakai untuk MDS)
  • Anak tudung
  • Anak-anak …….. , kain dalam etc
*OC = Orientation Committee – Haa, ni kira fassi untuk orientasi. Senior-senior korang jugak lah sebenarnya 🙂


FOOTWEAR
  • Kasut yang bertutup
  • Kasut sukan (masa aku MDS, memang kena pakai sport shoe)
  • Flip flop (untuk pergi toilet)
  • Sandal atau any footwear untuk jalan-jalan
  • Socks



🛀🏻
TOILETRIES
✅ Sabun mandi (seeloknya yg liquid lah)
✅ Syampu
✅ Pencuci muka (ikut suka, kalau pakai, bawaklah)
✅ Ubat gigi & berus gigi
✅ Baldi kecil ke bakul ke apa-apalah untuk letak toiletries tu
🧺 LAUNDRY
✅ Baldi (penting ni)
✅ Gayung
✅ Bakul/baldi baju kotor
✅ Sabun basuh baju (kalau bawa yg serbuk, hati-hatilah takut terabur ke apa)
✅ Pelembut kain (pakailah, bagi lembut je kain tu hihi)
✅ Hangar (Bawa banyak-banyak ye. hanger untuk jemur kain and gantung baju dalam locker)
✅ Sepit baju (Bawa banyak jugak)
✅ Hanger bulat kecil (untuk yg benda-benda kecik tu 😛)
Baldi dulu aku bawak 3. Saiz besar, medium dan kecil.
Yg besar tu untuk basuh baju, yg kecil tu untuk barang toiletries dan yg medium tu bagi pinjam kawan hahaha 😛 Sebab tempat aku ad shower, so takpayah guna baldi.
Tapi, in case memang kena tadah air, baldi medium and gayung berguna juga 🙂


📚 STATIONARY
✅ Test pad (bawak banyak-banyak sebab memang akan guna setiap masa)
✅ Pens, pencils, liquid paper/correction tape, rulers, erasers, glue, scissor
✅ Fail (senang nak combine notes so nak exam taklah meraba-raba cari notes)
✅ A4 papers
✅ Stapler
✅ Penebuk lubang
✅ Paper clip

🚪BILIK
✅ Cadar and sarung bantal (bawaklah 2)
✅ Bantal
✅ Selimut/comforter
✅ Tong sampah kecil
✅ Alas kaki
✅ Padlock (untuk locker)
✅ Pewangi locker
✅ Plastic bags
✅ Jam loceng
✅ Cermin kecil (suka hati)
✅ Newspaper/kertas minyak/ape-ape yg boleh untuk alas dalam locker
✅ Kertas sampul hadiah nak tampal kat board
✅ Alas meja untuk meja study


GADGETS AND ELECTRICAL APPLIANCES
  • Laptop & charger
  • Handphone & charger & earphone & powerbank (kalau ada)
  • Pendrive
  • Iron (bawa sekali iron board kalau nak)
  • Heater (nak masak air)
  • Extension wire
EMERGENCY KIT
  • Ubat-ubatan (kalau ada sakit)
  • Minyak gamat
  • Hansaplast plaster
  • Minyak angin
PERSONAL CARE
  • Deodorant (penting! :P)
  • Perfume
  • Cotton buds
  • Nail clipper
  • Sikat
  • Minyak rambut [lelaki]
RELIGIOUS THINGS
  • Al-quran
  • Yassin
  • Telekung & sejadah [perempuan]
  • Kopiah/songkok & sejadah [lelaki]
OTHERS
  • Tupperware, sudu, garfu, gelas, botol air, pinggan, mangkuk
  • Dumbbells (kalau awak tu org gym hahah)
FOODS AND DRINKS
  • Stok makanan macam biskut ke roti ke cereals ke
  • Air 3 in 1 (senangkan students )

Previous Post Next Post