“Lonjakan Sistem Pendidikan Negara Perlukan Sokongan Semua Pihak”-Radzi Jidin


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memerlukan bantuan dan sokongan pelbagai pihak termasuk sektor swasta dalam usaha untuk melonjakkan sistem pendidikan negara. 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, transformasi pendidikan yang dirancang tidak boleh hanya bergantung kepada usaha kerajaan semata-mata, sebaliknya semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk mencapai objektif itu. 

“Memang benar kita (KPM) menerima bajet terbesar setiap tahun, namun 80% daripadanya adalah untuk pembayaran gaji. Justeru sumber kewangan kita agak terhad untuk melaksanakan insiatif lain. 

“Pihak KPM juga sedar banyak badan korporat yang mahu memberikan sumbangan, namun ia lazimnya diberikan secara terus kepada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah. Seharusnya ia disalurkan kepada Yayasan Didik Negara supaya apa yang didermakan itu dapat memberi impak yang lebih optimum,” katanya pada program Bicara Eksekutif Transformasi Pendidikan yang berlangsung di ibu negara, sebentar tadi. 

Tambahnya, di bawah salah satu ‘flagship’ program Sekolahku Sejahtera iaitu Sekolahku Cinta Alam, KPM berkolaborasi dengan dengan banyak syarikat swasta dalam menekankan kehidupan harmoni antara manusia dan alam.

 

Previous Post Next Post