Muat Turun Siri Bahan Sokongan BPK 2022 Terbitan KPM


Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membangunkan pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta modul penerangan am berkaitan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum sebagai rujukan guru dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Siri Bahan Sokongan BPK (BSBPK) 2022 kali ini merupakan kompilasi modul pedagogi terbitan 2001 yang telah ditambah baik dan beberapa modul baharu berkonsepkan mesra pengguna bagi menyokong serta memudahkan pelaksanaan kurikulum di sekolah.

Siri BSBPK 2022 terdiri daripada lima bahan sokongan PdP dan dua bahan penerangan am. Bahan sokongan PdP tersebut ialah: 

Bahan sokongan PdP yang dirangka merangkumi konsep, strategi dan contoh aktiviti PdP bermula dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat sekolah menengah. Contoh aktiviti PdP dalam bahan sokongan ini juga disertakan dengan panduan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah.

Bahan penerangan am pula menerangkan konsep dan amalan berkaitan dengan pengurusan kurikulum dan PdP di sekolah. Bahan penerangan am tersebut ialah:

Semoga dengan penerbitan Siri BSBPK 2022 ini dapat menjadi panduan yang bermanfaat kepada guru untuk melaksanakan PdP dan Pentaksiran Bilik Darjah dengan lebih berkesan. BPK mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan atas kerjasama dan sumbangan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan Siri BSBPK 2022 ini.

Modul-modul tersebut boleh dimuat turun dengan hanya klik pada pautan-pautan di atas atau layari https://sumberku.moe-dl.edu.my/utama

Previous Post Next Post