Fokus 3M, kurangkan silibus bukan rendah silibus - Pensyarah

Imej hiasan

Betul ke silibus sekolah rendah tinggi? ❎ 
Betul ke silibus sekolah rendah sgt padat? ✅ 
Betul ke subjek sekolah rendah sgt banyak?✅ 

Kita mahu KPM selesaikan isu silibus. Tetapi kita juga kena faham apa asasnya. Jika kita gagal bezakan isu silibus sekolah, kesan akhir tentulah pada pembelajaran anak-anak kita. Kita tentu tak mahu tahap pemikiran, pengetahuan dan kemahiran anak kita kekal rendah. 

Sebab itu aras kesukaran silibus mestilah sesuai dengan murid. Tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. 

Sebab itu silibus kena fleksibel. Sudah berulang kali saya tulis tentang silibus yang flexibel. Biar guru-guru yang tentukan tahap dan aras kesukaran pada murid-murid. 

Sudah berkali-kali saya tulis tentang guru mesti diberikan autonomi PdP dan PBD. .

Kalau guru rasa silibus terlalu tinggi untuk murid-muridnya, rendahkanlah. Jika ada guru yang merasakan murid-muridnya sudah faham asas, maka tinggilah aras silibus. Ini autonomi guru. 

Yang sepatutnya kita perjuangkan ialah tingkatkan kemahiran 3M murid-murid tahap satu sekolah rendah terlebih dahulu dan janganlah saratkan berbagai silibus sampai guru-guru tak sempat nak adakan berbagai aktiviti kerana kejar kandungan silibus. 

Selepas 3M dipertingkatkan, fokus KPM ialah KURANGKAN kandungan silibus semua subjek sekolah rendah. Bukan RENDAHKAN silibus. 

Kalau KPM berani (saya yakin tidak) mansuhkan sahaja beberapa subjek sekolah rendah dan jika sangat perlu pun, sepadu kan sahaja dalam subjek teras. 

Berikan lebih banyak masa untuk guru mengajar subjek teras (3M). 

Bayangkan selepas silibus dikurangkan, lebih fleksibel, guru matematik yang ada autonomi PdP diberikan 10 jam seminggu berbanding 2 jam setengah seminggu sekarang. 

Agak-agak bagaimana penguasaan matematik anak-anak kita nanti? 

Isunya bukan silibus tinggi, tetapi kita berhadapan dengan silibus yang terlalu padat. Guru tak.mampu melakukan banyak aktiviti pembelajaran untuk murid-murid mencapai tahap penguasaan terbaik. 

Jadi saranan saya, KPM kurangkanlah silibus yang padat dan banyak, kemudian berikan autonomi PdP dan PBD sepenuhnya pada guru untuk melaksanakan silibus yang fleksibel. 

Selesai....

Dr Anuar Ahmad

 

Previous Post Next Post