‘Ibu bapa, nak KBAT tak perlu tunggu anak kuasai 3M’

Imej via awal.my


Satu isu yang saya dapat detect dalam kemahiran 3M anak-anak ialah ada di antara mereka tahu membaca tapi tidak faham apa yang dibaca, tulisannya cantik, tetapi bila diminta keluarkan idea sendiri, mereka tidak mampu untuk tulis, bahkan mereka tahu mengira, tapi apabila diletakkan di konteks yang berbeza, mereka tidak dapat buat perkaitan. 

Masalah ini bukan masalah baharu. Tapi nak tak nak dalam dunia yang serba kompleks pada hari ini, kita perlu mengatasi masalah ini dengan segera supaya anak-anak tidak tertinggal. 

Semasa anak-anak saya sempat bersekolah di London, sejak dari umur 4 tahun, kanak-kanak ini bukan sahaja diberikan tugasan untuk belajar membaca, tetapi mereka ditanya, apakah yang mereka baca dan soalan-soalan berunsur KBAT terus menerus ditanya pada bahan-bahan bacaan yang diberikan kepada mereka. 

Setiap daripada mereka ada buku cerita yang perlu dibaca pada setiap minggu, dan anak-anak yang sudah boleh progress membaca lebih baik, diberikan teks yang lebih kompleks. Tapi caranya tetap sama, tak kisahlah teks itu mudah bagaimana sekalipun, pelajar tetap ditanya, apa yang mereka baca, idea mereka tentang jalan cerita dan lain-lain lagi. 

Saya juga mempraktikkan kaedah yang sama- apabila anak-anak membaca di rumah, saya akan tanya mereka 
1. Apa yang dibaca?
2. Best tak ending dia?
3. Kalau ada ending yang baharu, apa ending yang sepatutnya?
4. Siapa watak baik dan watak kurang baik dalam cerita ni? Kenapa?

Untuk tulisan pula, guru anak-anak saya mengajar mereka untuk menulis idea- bukannya menyalin. Jadi antara praktis pelajar yang belum pandai menulis, mereka akan lakukan secara lisan dahulu. Guna flash card, atau gambar mintak pelajar ulas, dan dah mulakan guna perkataan big words. Anak saya pada umur 6 tahun digelar queen of literacy kerana kemahiran beliau dalam menulis. Pada umur tersebut dia dah boleh menulis puisi dan cerita sendiri, dan sepatutnya memang kami ada perancangan untuk Kakak terbitkan buku cerita kanak-kanak, tapi kami tak sempat teruskan sebab perancangan PhD bertukar, jadi terpaksa pulang ke tanahair. 

Apabila pulang ke Malaysia sekitar anak-anak berumur 4-8 tahun, saya galakkan mereka terus menulis, kali ini mereka sendiri hasilkan komik-komik lukisan mereka sendiri. Masa tu mereka tengah suka dengan mainan Lego Ninjago, sebelum tu dengan Mario Bros sebab main Nintendo Wii, mereka mula dulu dengan pretend play menggunakan figura-figura mainan mereka, kemudian mereka mencipta komik mereka sendiri, dengan idea mereka sendiri. 

Saya je tak sempat catch up dengan idea-idea mereka ni. Alih-alih ada sahaja bahan baharu yang mereka hasilkan. Bayangkan bila balik ke Malaysia tu, 5 bulan anak-anak saya tak pergi ke mana-mana sekolah sebab saya tak mahu mereka terkejut dengan sistem di sini, tapi bila mereka masuk, mereka masih boleh pickup dengan baik kerana ada asas yang kuat semasa bersekolah di London. Semasa 5 bulan tu jugalah kami latih mereka cakap bahasa Malaysia sikit-sikit. 

Tuan-puan, 

Saya nampak kemahiran 3M yang disadurkan dengan amalan KBAT adalah satu cara untuk memastikan kemahiran 3M ini terpahat dengan baik. Jika hanya meminta pelajar membaca tapi tidak tahu apa yang dibaca, bahkan tidak boleh merumuskan apa yang dibaca, ia tidak mungkin dapat meningkatkan kemahiran membaca anak-anak. Sama juga dengan menulis- kalau menulis sekadar salin-salin, tulisan hanya cantik, tapi itu adalah sekadar amalan copy paste. 

Jadi kalau anak-anak yang masih di tahap 1 ini berdepan dengan sesuatu yang kompleks pada anda (sehinggakan anda tak dapat membantu mereka), jangan khuatir. Satu hari nanti mereka akan sampai juga ke tahap itu kalau guru itu sendiri memang tahu perkaitan KBAT dan kepentingannya dalam meningkatkan kemahiran anak-anak. Mungkin mereka nampak tertinggal pada awalnya, tapi lama-kelamaan they will bloom on their own. Trust the process. Saya sendiri melihat anak bongsu saya yang tak sempat pun belajar di London, masa awal-awal darjah 1 dan 2, memang saya nampak ketinggalan. Dahlah tengah-tengah darjah 1 baru boleh membaca, memang yang bongsu ni saya nak beliau grow naturally. Tapi saya tetap teruskan dengan amalan KBAT di rumah. Tapi bila dia dah boleh membaca, menulis, mereka idea sendiri, dah masuk darjah 3 ni saya kagum dengan cara dia berfikir. Kadang-kadang saya ingat dia dah darjah 4 🤣 

Namun begitu, ada yang komplen pada saya, kalau tak pandai menulis macam mana nak tulis ayat matematik semasa darjah 1? Saya cakap betullah, kalau tak tahu tulis macam mana nak tulis, tapi sekiranya meminta pelajar mengarang dan menyebut secara lisan ayat matematik tersebut, adakah ia masih memenuhi objektif pelajar mencipta ayat matematik? Di sinilah saya rasa ia uji kreativiti kita para pendidik. 

Apa yang saya nak highlight di sini ialah - amalan KBAT perlu seiring dalam meningkatkan kemahiran 3M pelajar. Tak boleh kita bagi alasan, biar pelajar membaca dulu, amalan KBAT datang kemudian masa darjah 4-6, sebab dengan KBAT itulah yang menguatkan kemahiran 3M itu- mereka akan lebih berkemahiran kerana ilmu 3M itu tersimpan kemas pada long term working memories mereka- kerana mereka ‘cognitively engaged’. 

Perkara yang perlu kita lebihkan bukan kepandaian membaca, tapi faham apa yang dibaca.

Bukan tulisan cantik, tapi idea yang ditulis.

Bukan pandai hafal sifir, tapi faham bagaimana konsep sifir 

Moga catatan ini membantu. 

Tazli
T&L Reformist
www.drtazli.com/skolarmalaysia Skolar Malaysia

 

Previous Post Next Post