Polis Sahkan Pempengaruh Wanita Meninggal Dunia Akibat Jatuh Dari Tingkat 22

Gags Teacher
0
Imej hiasan


Polis dalam satu kenyataannya pada hari ini mendedahkan 
punca kematian seorang pempengaruh wanita dab juga pelakon sambilan yang berumur 26 tahun adalah disebabkan jatuh dari tingkat 22 Pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru. 

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Daerah Johor Bahru Selatan itu lagi, mereka telah menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat tersebut di bahagian bawah sebuah pangsapuri. 

“Hasil siasatan mendapati si mati merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 26 tahun bekerja sebagai pelakon sambilan. Sebab kematian wanita tersebut adalah kerana jatuh dari tingkat 22 pangsapuri. 

“Wanita itu telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru,” kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub bin Selamat. 

Selain itu, pihak polis juga mengklasifikasikan kematian itu sebagai kematian mengejut (SDR). 


Kredit Polis Daerah Johor Bahru Selatan 

Pihak polis IPD Johor Bahru Selatan juga memohon orang ramai yang menjadi saksi kes tersebut untuk tampil kehadapan bagi membantu siasatan polis. Saksi juga boleh menghubungi pegawai penyiasat iaitu ASP Mat Nawi Bin Ab Rahman di talian 016-5050808.

 

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)
Demos Buy Now