PRU15: Sekolah Kumpulan A Dapat Cuti Ganti

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa semua institusi pendidikan bawah KPM akan bercuti pada 18 dan 19 November 2022 sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijadualkan pada 19 November 2022.

Perkara tersebut adalah selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 14 November 2022 yang menetapkan 18 dan 19 November 2022 sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan pengundi menunaikan tanggungjawab pada PRU15

Tempoh kelepasan yang diberikan ini membolehkan semua warga institusi pendidikan bawah KPM mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pengundian masing-masing. 

“Sehubungan dengan itu, bagi negeri-negeri dalam kumpulan A (Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu) yang mana hari Jumaat dan Sabtu merupakan hari kelepasan mingguan, maka hari Ahad (20 November 2022) ditetapkan sebagai hari kelepasan am PRU15. 

“Ketetapan ini adalah berdasarkan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951. 

“Perincian bagi cuti ganti hari kelepasan am bagi negeri-negeri berkenaan adalah seperti dalam surat yang telah diedarkan hari ini,” katanya.


Muat Turut Surat Siaran

Previous Post Next Post