PRU15: Maszlee tewas di kerusi Parlimen Simpang Renggam


BEKAS menteri besar Johor Hasni Mohammad daripada Barisan Nasional (BN)/Umno menawan kerusi Parlimen Simpang Renggam di Johor. 

Beliau menewaskan Maszlee Malik daripada Pakatan Harapan (PH) dengan memperoleh 18,312 undi berbanding Maszlee 16,491 undi. 

Calon Perikatan Nasional (PN), Fazrul Kamat pula mendapat 9,077 undi dan Kamal Kusmin daripada Pejuang sebanyak 251 undi. – 19 November, 2022.

 

Previous Post Next Post