LINUS perlu dikembalikan, atasi keciciran murid - Pensyarah

Imej hiasan via http://ceritadakukisahkamu.blogspot.com/

Kes satu:

Faria, 38 resah apabila anaknya Raikal yang berusia lapan tahun mengambil masa ham- pir 10 minit untuk mengeja perkataan gembira.

Walaupun mampu berkomu nikasi dengan baik seiring perkembangan usia namun dia gagal mengeja dengan baik apatah lagi membaca.

"Pada awalnya, saya dan suami cuba bersikap positif kerana tahu kelewatannya menguasai kemahiran 3M (membaca, mengira dan mengeja) adalah disebabkan kumpulan mangsa umurnya adalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2020.

"Namun saban hari apabila sudah menghampiri tahun ba haru dan Raiqal masih tidak dapat menguasai 3M ia adalah waktu kritikal buat kami sebagai ibu bapa," katanya.

Kes dua:

"Sebelum ini saya selalu melihat kelas pemulihan itu untuk kanak-kanak yang kurang perhatian menyebabkan mereka malas mengulang kaji.

"Tapi apabila PKP dilaksanakan dan murid bersekolah dalam talian, saya mula melihat kelas pemulihan adalah jawapan terbaik untuk anak." kata Rania, 40.

Bertugas sebagai penjawat awam. Rania berkata anaknya Haziq, sembilan tahun masih gagal membaca dengan lancar Untuk mengeja satu perkataan. Haziq mengambil masa sekitar lima minit. Malah membina ayat lengkap seakan-akan menjadi seksaan untuknya.

Disebabkan itu dia hilang minat mengulang kaji pelajaran dan sentiasa mencari jalan untuk tidak membuat kerja sekolah.

*****************

Dua kes yag dialami ibu bapa ketika ini susulan sesi persekolahan 'terhenti' gara-gara penularan COVID-19. Meskipun sesi persekolahan diteruskan dalam talian, ia ternyata memberi kesan kepada kemahiran 3M.

Hal ini menyebabkan ramai ibu bapa menyarankan supaya Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) dikembalikan bagi menangani isu penguasaan 3M.

Biarpun Kementerian Pendidikan (KPM) sudah memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLAN) untuk memastikan murid sekolah rendah menguasai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan Tiga dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik, ramai pihak melihat perlunya program LINUS perlu diberi nafas baharu.

Pengarah Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Abdul Rahim Razalli, berkata keberkesanan. program itu terbukti apabila murid Tahun Tiga berjaya menguasai literasi membaca dan menulis sejak LINUS 2.0 diperkenalkan pada tahun 2013.

Namun katanya, bermula 2019 Program LINUS diberhentikan dan digantikan dengan program pada peringkat sekolah yang memantau keperluan murid menguasai kemahiran literasi mengikut 'acuan sekolah sendiri.

"Krisis global yang melanda dunia nyata turut menjejaskan penguasaan kemahiran 3M. "Walaupun pembelajaran dilaksanakan secara dalam talian, namun secara telusnya penguasaan kemahiran 3M murid sekolah seluruh negara masih lemah," katanya.

Perkenal semula KGBK

Ini disebabkan kaedah dan teknik mengajar literasi 3M tidak berlaku secara semula jadi berbanding ketika sesi pembelajaran bersemuka. Katanya, bagi mengatasi masalah literasi 3M yang dirujuk sebagai lost generation atau keciciran pendidikan dan keberadaan mereka, diakui satu strategi bersepadu diperlukan dengan cara memperkasakan LINUS.

"Bagi mengelakkan masalah keciciran murid yang disebab- kan hilang rasa minat akibat gagal menguasai 3M pada usia muda, KPM disarankan mem- perkenalkan semula Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) pada peringkat pra sekolah dan Tahun Satu hingga Tahun Tiga yang mampu mengatasi masalah literasi itu pada peringkat awal," katanya.

Tambah Abdul Rahim, penggunaan pendekatan didik hibur amat membantu daripada segi menggalakkan pembabitan murid ketika PKP.

Previous Post Next Post