Ambil Tik Toker, audio ujian mendengar BI SPM didakwa tidak berkualiti

Imej hiasan

Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan (LP) sepatutnya memberi penjelasan lanjut mengenai rungutan calon-calon Ujian Mendengar Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengenai kualiti audio ujian berkenaan tidak mencapai standard yang sepatutnya.

Perkara tersebut turut disuarakan oleh Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

"Peperiksaan (untuk perhatian YB Fadhlina Sidek) mesti segera berikan penjelasan kepada masyarakat tentang dakwaan ramai pihak di kalangan ibubapa, guru-guru dan murid-murid mengapa menggunakan khidmat tiktokers yang tidak capai standard bagi audio ujian Mendengar BI.  

"KPM mempunyai ramai guru-guru bahasa Inggeris yang berkelayakan, cemerlang dan berkualiti tinggi. 

"Mengapa LP tidak guna khidmat guru-guru tersebut? SPM urusan penting untuk murid-murid. Mengapa LP tak ambil serius isu ini? Sebelum ini isu soalan UASA juga bermasalah," tanya beliau. 

Beliau berkata, LP tidak boleh biarkan masyarakat tertanya-tanya dan membuat berbagai andaian dan tuduhan. 

“LP jangan berdiam sahaja. Ini melibatkan reputasi Lembaga Peperiksaan dan juga KPM,” jelas beliau lagi.
Previous Post Next Post