Guna emoji, slanga internet ajar Fizik ceriakan murid

Sebahagian daripada peta pembelajaran yang digunakan oleh Lai Kok Jiun

Kuala Lumpur: Tidak diafikan kaedah pengajaran seseorang guru mempengaruhi kefahaman murid. Penyampaian guru yang ceria apatah lagi jika membawa masuk unsur audio misalnya akan membuatkan murid lebih mudah faham. 


Bagi guru Fizik, Sekolah Menengah Methodist, Sibu, Sarawak Lo Ming Jun, beliau sering tertanya-tanya adakah murid memahami apa yang diajarnya terutama bagi mereka yang tidak suka bertanya dan pasif di dalam kelas.


Ming Jun yang berpengalaman mengajar selama 14 tahun berkata, dia mula memikirkan untuk mencuba untuk menerapkan unsur emoji dan slanga internet dalam kelas yang diajarnya. 


"Mulanya saya menyertai Program Pembelajaran Kreatif oleh Score A anjuran Faber-Castell, kemudian dari situ saya didedahkan dengan pelbagai kaedah menggunakan emoji dalam kelas.


"Sebenarnya apabila kita menggunakan emoji dan slanga internet saya dapati murid akan mudah mesra dengan subjek itu dan membuatkan mereka lebih faham," katanya.


Hal ini mungkin disebabkan emoji dan slanga internet adalah sebahagian daripada kehidupan anak muda masa kini.


Selain itu, katanya penggunaan warna dalam peta misalnya untuk bab aliran magnetik membantu murid faham dengan jelas. 


"Ada kala untuk tarik minat pelajar saya juga untuk gambar-gambar dalam 'power point'. Ada kala saya guna imej bergerak (gif) misalnya gambar ahli sukan Lee Zii Jia atau artis K-pop," katanya.


"Satu hal yang saya dapati, kaedah ini membuatkan kelas Fizik lebih meriah dan murid lebih banyak berinteraksi berbanding sebelum ini," katanya.


Hal sama juga dilakukan guru Kimia dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian, Kuala Lumpur, Lai Kok Jiun.


Kok Jiun berkata, umumnya murid sering bergelut dengan pe- rubahan warna garam apabila dipanaskan.


"Jadi apa yang saya buat, saya masukkan imej kartun, contohnya Winnie the Pooh ke Plumbum (II) Nitrat yang berwarna kuning seperti Pooh, yang kemudian ber- tukar kepada warna coklat sele- pas dipanaskan," katanya.


Selain itu kata Kok Jiun, interaksi dengan pelajar menjadi lebih jelas dan aktif malah membantu mereka menghafal dengan lebih mudah berbanding menggunakan beribu-ribu perkataan.

Sumber: Berita Harian

Previous Post Next Post