Dakwaan sistem pendidikan negara 'cacamarba' kurang tepat - Pakar Pendidikan

Imej hiasan


Kuala Lumpur: Dakwaa mengatakan sistem pendidikan negara 'cacamarba' disebabkan sebilangan penggubal kurikulum terdiri pegawai kurang berpengalaman dan dilantik kerana mempunyai 'kabel' disifatkan se bagai tuduhan yang kurang tepat.


Pakar pendidikan, Prof Madya Dr Norlidah Alias, berkata penggubalan kurikulum tidak dilakukan oleh seorang atau sekumpulan pegawai sahaja, sebaliknya pegawai akan bertindak sebagai moderator kepada kumpulan panel penggubal kurikulum.


Beliau berkata, proses penggubalan kurikulum dilakukan panel pemegang taruh yang dilantik daripada pelbagai bidang seperti kumpulan panel pakar akademik, pakar guru mata pelajaran dan pegawai pendidikan.


"Selain itu, kumpulan masyarakat turut terlibat dalam proses penggubalan ini terdiri daripada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), mahupun wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


"Adakalanya kumpulan ini dikumpulkan secara berasingan dan adakala perbincangan kum- pulan berfokus membabitkan pelbagai pemegang taruh," katanya ketika dihubungi BH. Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah portal media yang memetik sumber mengatakan sistem pendidikan didakwa 'cacamarba' sebilangan penggubal kurikulumnya terdiri daripada pegawai kurang berpengalaman, termasuk yang dilantik kerana mempunyai 'kabel' atau pengaruh.


Teliti rangka kurikulum 


Mengulas lanjut, Norlidah ber- kata, kurikulum adalah penga- laman pembelajaran yang dirancang serta perlu bersifat dinamik dan proses pembangunan kurikulum di negara ini dirangka dengan model Pembangunan Kurikulum Tyler iaitu tujuan umum pendidikan diperoleh dari tiga sumber utama iaitu pelajar, masyarakat dan subjek.


"Kejayaan sesuatu kurikulum bukan sahaja ditentukan dari segi reka bentuk, akan tetapi pe- ringkat pelaksanaan kurikulum perlu dilakukan dengan baik. oleh guru.


"Ia disokong dengan iklim. sekolah yang menyokong guru untuk melaksanakan serta keupayaan pendidik untuk mengadaptasi kurikulum mengikut kepelbagaian keupayaan pelajar termasuk pengurusan kurikulum yang baik dan sokongan ibu bapa," katanya.


Beliau juga memaklumkan, satu lagi aspek kurikulum yang penting adalah penilaian terhadap kurikulum itu sendiri. 


"Kurikulum perlu dinilai secara menyeluruh selepas genap pusingan persekolahan dengan menggunakan model penilaian seperti Model Penilaian Stake Countenance dan Model CIPP. 


"Hasil penilaian kurikulum yang menyeluruh akan dapat menentukan status sesuatu kuri kulum dan mencadangkan hasil penambahbaikan," katanya. Berhubung isu 'kabel' dalam pelatikan pegawai kurikulum, Norlidah percaya jika ia berlaku maka perkara itu perlu ditangani KPM dengan segera..


Katanya, kelayakan akademik dan pengalaman bekerja sebagai guru dan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah dua aspek penting dalam pelanti kan pegawai yang terbabit sama dalam menggubal kurikulum pelajaran.


"Pegawai dari Bahagian Perkembangan Kurikulum juga sentiasa mendapat peluang menyambung pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) di universiti dalam negara dan luar negara.


"Ini sekali gus dapat membantu seseorang pegawai merekabentuk kurikulum yang dinamik, responsif dan ke hadapan, selain meningkatkan ke- percayaan masyarakat terhadap kualiti pendidikan negara," katanya.

Previous Post Next Post