Perkenal semula 3M - Pensyarah



PETALING JAYA: Kemeterian Pendidikan perlu mengembalikan semula Sistem 3M (membaca, menulis dan mengira) untuk tahap satu sekolah rendah menggantikan sukatan sekarang yang terlalu banyak dan menyebabkan masalah beg berat tidak pernah selesai.


Sukatan pelajaran sekarang menyebabkan murid terikat dengan silibus yang ketat apatah lagi kebanyakan guru bergantung penuh kepada buku teks berbanding alat bantuan mengajar lain.


Walaupun banyak cadangan yang dikemukakan sebelum ini termasuk tujuh inisiatif yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan berhubung isu tersebut, ia dilihat menelan belanja yang tinggi di samping tempoh yang lama untuk dilak sanakan sepenuhnya. 


Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, beg sekolah yang berat itu bukanlah masalah sebenar yang berlaku dalam sistem pendidikan, tetapi ia hasil daripada masalah yang lebih besar.


Katanya, langkah terbaik ialah melakukan transformasi dan semakan kurikulum untuk sekolah rendah khususnya tahap satu iaitu murid tahun satu hingga tiga yang menjadi punca kepada beg sekolah yang berat. 


"Isu sebenar kepada masalah beg sekolah berat ialah masalah kurikulum yang berat, sukatan pelajaran dan mata pelajaran yang banyak serta topik yang terlalu sukar.


Previous Post Next Post