Polis cari guru lelaki tumbuk, sepak guru wanita



KEMAMAN: Seorang guru lelaki di Sekolah Kebangsaan Padang Kubu (SKPK) sedang dikesan polis selepas bertindak memukul seorang guru wanita. 

Kejadian berlaku jam 6.55 pagi tadi di kawasan kantin sekolah berkenaan. 

Guru wanita yang mengajar subjek Bahasa Inggeris, berusia 32 tahun, dipercayai ditumbuk dan disepak suspek yang berusia 49 tahun. 

Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan lebam mata kiri dan bertindak membuat laporan polis. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. 

Jelasnya, punca pergaduhan di antara suspek dan mangsa masih dalam siasatan. 

Polis ketika ini sedang mengesan suspek dan sebaik berjaya ditahan pihaknya akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendatangkan cedera.
Previous Post Next Post