Berat beg sekolah sepatutnya 10 peratus daripada berat murid - Kajian

28 November - Pakar kesihatan mengesyorkan berat kesihatan maksima beg sekolah yang digalas (bagpack) adalah 10 peratus daripada berat badan murid manakala bagi beg yang ditarik (trolley bag), berat maksima ialah 20 peratu daripada berat badan murid.

Perkara tersebut dinyatakan oleh pakar pendidikan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar bin Ahmad di dalam satu kenyataan melalui satu hantaran di Facebook beliau.

Beliau merujuk kepada kajian yang telah diterbitkan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Granada dan University John Moores, United Kingdom.

"Maksudnya jika berat badan murid ialah 30 kilogram, beg galas sekolah mereka adalah maksima 3 kilogram. Manakala beg tarik pula berat maksima ialah 6 kilogram," katanya.

Beliau berkata, kesihatan anak-anak adalah keutamaan semua kerana mereka ini tidak pandai untuk bersuara.

"Mereka hanya mampu melihat mengeluh keletihan. 

“Setiap hari menggalas beg yang berlebihan berat akan mengganggu tumbesaran dan kesihatan anak-anak dalam jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya garis panduan berat beg sekolah dikuatkuasakan demi kesejahteraan dan kesihatan murid-murid.

1 Comments

  1. Satu hari ada 5 subjek. Setiap satu subjek perlu bawa 1 buku teks, buku latihan dan buku tulis. X bawa murid kena marah. Semua buku tu diguna ke. ni kisah anak tahun 1.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post