CUEPACS desak tuntutan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Julai 2018 lalu

SUNGAI PETANI: Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan menunaikan lima tuntutan membabitkan penjawat awam yang belum dilaksanakan.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, tuntutan tersebut dimutakmadkan setelah kajian terperinci dijalankan namun belum dilaksanakan sehingga hari ini.

Katanya, kerajaan sepatutnya melaksanakan setiap ketetapan yang diumumkan sebelum ini membabitkan penjawat awan.

“Lima tuntutan tersebut adalah kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai 2018 lalu dan pemendekkan kenaikan pangkat ‘time based’ kali kedua yang dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018.

“Tuntutan lain, gaji tambahan kepada guru gred DG56 dan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari boleh ditukar kepada wang tunai bagi yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun.

“Tuntutan itu juga melibatkan COLA (kadar B bantuan sara hidup) tambahan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana juga diperluas kepada penjawat awam Sabah dan Sarawak,” katanya dalam sidang akhbar sempena penutupan Bengkel Pengurusan Pentadbiran Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (Auegcas) di sini, hari ini.

– UTUSAN ONLINE

 

Previous Post Next Post