Rita dakwa sekolah arah guru enggan divaksin ditempatkan dalam tandas

Gags Teacher
0

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Rita Rudaini kembali mencuri perhatian apabila mendakwa ada sekolah yang telah menempatkan guru yang tolak mengambil vaksin Covid-19 di dalam tandas sekolah. 


Menerusi hantaran yang dimuat naik di Insta Story, ibu tunggal itu beranggapan perbuatan tersebut seperti berhati binatang.

“Binatang lagi mulia daripada manusia sekarang. Cikgu yang Tolak vaxx (vaksin) diletak dalam tandas… bukan saja Covid is real ya… tapi hati binatang is real!

“GB (guru besar) sekolah ni dia rasa kat Padang Mahsyar nanti tempat dia dalam aircond ke sebab patuh dan sokong arahan atasan?” luahnya.

Pada masa sama, Rita juga memberitahu akan mendedahkan nama sekolah yang telah bertindak sedemikian.

“Tunggu nanti sister kongsi kan nama sekolah ini ye,” ujarnya.

Sebelum ini, Rita merupakan antara sebilangan selebriti yang dilihat menolak pengambilan vaksin Covid-19 sehingga dilabel sebagai anti vaksin.

– MalaysiaGazette

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)
Demos Buy Now