60 murid SBP Seri Puteri positif COVID-19


Antara foto yang dikongsikan oleh Laman FB tersebut

Sebuah laman Facebook popular telah melaporkan sebentar tadi Menteri Kanan Pendidikan Dato' Dr Radzi Jidin telah turun padang ke SBP Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya berikutan tular lebih 60 pelajar positif Covid-19. 


Laman itu juga melaporkan semua murid sudah dihantar ke Maeps petang tadi manakala baki ratusan murid masih di asrama menunggu ujian covid dijalankan. 

Laman tersebut juga berkata mereka difahamkan para ibu bapa mendesak supaya ujian dilakukan segera supaya mereka yang negatif boleh pulang ke rumah masing-masing. 

Laman tersebut juga berkongei beberapa keping foto turun padang YBMK ke sekolah berkenaan. 

Masih belum ada pengesahan rasmi daripada KKM berkenaan situasi ini.

KEMASKINI 

CYBERJAYA – Seramai 65 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Putri, di sini disahkan dijangkiti Covid-19.

Perkara itu turut dikongsi Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi ciapan di Twitternya sebentar tadi.

Malah, Radzi turut berkesempatan meninjau perkembangan kes jangkitan itu di sekolah berkenaan malam ini.

“Saya sudah tiba di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya sekarang ini. Seramai 65 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2 disahkan positif Covid-19. Ini merupakan kali pertama SBP kena kes sebanyak ini.

“Doakan dipermudahkan segala urusan. Akan update dari masa ke semasa,” katanya.

Difahamkan, seramai 60 pelajar sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, hari ini.

Manakala, baki ratusan pelajar masih di asrama menunggu ujian saringan Covid-19 dilakukan kepada mereka.
Previous Post Next Post