Dakwa Adik Kena Pukul Dengan Senior Dalam Kem Bujang Askar, Hishammuddin Minta ‘Individu’ Hubunginya Segera


Budaya membuli ini harus diakui memang sering berlaku dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama, baik di peringkat sekolah rendah mahupun menengah sehingga ke peringkat tertiari. 

Sudah banyak kisah-kisah tragis ini berlaku, paling sedih sehingga menyebabkan kematian. Tular di media sosial tentang satu pesanan ringkas yang mendakwa bahawa adiknya yang sedang menuntut di sebuah kem tentera dibuli oleh rakan-rakan senior.
Berhubung dengan itu, perkara ini mendapat perhatian daripada Menteri Kanan Keselamatan Negara, Datuk Seri Hishammuddin di laman Twitternya dan mohon kepada si pengadu menghubunginya untuk butiran lebih lanjut.

“Mohon individu disebalik mesej ini utk DM butiran lebih terperinci terus kepada saya/hubungi pejabat saya segera…”
Katanya dalam perkongsian tersebut, jika pesanan ringkas ini benar dan sahih, kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada ‘si pembuli’.

Previous Post Next Post