Ibu bapa gesa guru juga perlu diwajibkan buat saringan mingguan


PETALING JAYA - Oleh kerana ujian saringan mingguan COVID-19 telah bermula untuk murid sekolah rendah, ibu bapa juga menyeru agar ianya turut dilaksanakan kepada guru juga.

Seiring untuk memastikan murid sekolah rendah menjalani ujian mingguan, mereka menyeru Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyaring guru sekurang-kurangnya dua kali seminggu bagi memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk anak-anak mereka.

“Semua guru perlu melakukan ujian ini dua kali seminggu.

“Saya tahu sebuah sekolah mempunyai guru yang disahkan positif Covid-19 dan sebaik diumumkan, kehadiran menurun sebanyak 70%,” kata seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Leong.

Seorang lagi ibu, yang hanya mahu dikenali sebagai Loo, berkata kebarangkalian untk guru menyebarkan virus itu kepada murid mesti ditangani.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka, Mak Chee Kin berkata, ujian itu perlu dilakukan oleh guru atas perbelanjaan mereka sendiri.

“Pertama, harga ujian RTK-Antigen harus diturunkan lebih rendah lagi. Syarikat swasta juga harus meringankan beban kerajaan dengan menaja kit ujian ini.

“Selain itu, kementerian perlu menguji 50% murid berbanding keperluan 10% semasa,” katanya sambil menambah bahawa ujian itu boleh dijalankan di rumah di bawah pengawasan ibu bapa bagi menjimatkan masa guru.

Bermula Rabu lepas, murid perlu menjalani ujian saringan mingguan Covid-19 dengan kit ujian kendiri dibekalkan ke sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

Murid Tahun Enam, Hailey Chooi berkata gurunya menjalankan ujian dengan terancang dan teratur. Beliau berkata, walaupun beberapa guru kelihatan gementar untuk menjalankan ujian, tetapu semuanya berjalan lancar.

"Tetapi saya harap guru-guru akan dapat menasihati kami dengan lebih baik pada masa akan datang kerana mereka kelihatan ragu-ragu bagaimana untuk meneruskan proses itu," kata Hailey, yang berasal dari sekolah vernakular Cina di Rawang.

Pada 26 November yang lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ujian itu perlu dijalankan ke atas sekurang-kurangnya 10% daripada populasi murid sekolah itu secara bergilir-gilir.

Akhbar The Star melaporkan seorang pengguna media sosial Maniam VM mempersoalkan sama ada ianya bijak untuk membenarkan guru yang tidak terlatih dari segi perubatan menjalankan ujian kerana mereka mungkin tidak tahu cara melindungi diri mereka dengan betul.

Pengguna media sosial lain juga menyatakan kebimbangan bahawa ujian tersebut akan menjadi "penyiksaan mental" untuk kanak-kanak dan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) harus diteruskan sekurang-kurangnya sehingga jumlah kes Covid-19 menurun.

Khairy, di dalalm tweetnya semalam melaporkan bahawa 242 pelajar SK Seri Puteri, Cyberjaya, telah dikuarantin sebagai kontak rapat Covid-19. Beliau berkata 451 orang di sekolah itu telah diuji untuk Covid-19; 13 orang guru, seorang kakitangan dan 437 pelajar. Daripada jumlah ini, 71 pelajar didapati positif.

Menteri Kanan Pendidikan, Dato Dr Mohd Radzi Jidin melawat sekolah berasrama penuh itu malam Rabu semalam selepas terdapat dakwaan pelajar yang didapati positif virus itu menjadi tular. Beliau berkata seorang guru sekolah itu pada awalnya telah diuji positif Covid-19.

Pengesanan kontak rapat kemudian menyebabkan seorang lagi guru dan enam pelajar diuji positif juga.

Enam pelajar itu kini dipantau oleh pihak sekolah, tambahnya.
Previous Post Next Post