Kes buli: MARA tamatkan pengajian 10 pelajar MRSM

Datuk Azhar Abdul Manaf

SHAH ALAM – Susulan kes buli yang tular baru-baru ini, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) memutuskan untuk menamatkan pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa pada hari Selasa.

Pihak Mara mengambil serius kejadian buli yang berlaku minggu lalu dan hukuman yang telah diputuskan ini menunjukkan pihak kita tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan buli dalam kalangan pelajar-pelajar di bawah mana-mana Institusi Pendidikan Mara, Institusi Pendidikan Mara (IPMa) mahupun tajaan Mara.

Menurut beliau lagi, ibu bapa pelajar yang terlibat dengan kes itu telah dimaklumkan tentang keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.

 

Previous Post Next Post