Kumpulan pertama guru pengambilan “one-off” lapor diri hari ini

Dr Radzi berbual bersama Cikgu Shahrin Mohd Nor

PUTRAJAYA: Kumpulan pertama guru pengambilan secara "one-off" secara rasmi telah melapor diri ke semua sekolah yang telah ditetapkan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dato’ Dr Radzi Jidin di dalam satu hantaran di dalam laman Facebook beliau.

“Semasa di SK Bandar Sri Damansara 3 tadi saya sempat berjumpa dengan Cikgu Shaharin Mohd Nor, guru baharu yang melapor diri untuk mula bertugas di sekolah ini. 

“Beliau merupakan antara calon guru bagi pengambilan secara 'one-off' guru seramai 18,702 orang yang berjaya temuduga untuk Fasa 1,” katanya.

Kumpulan pertama ini mula melapor diri di sekolah masing-masing hari ini.
Previous Post Next Post