Pelaksanaan BMI untuk murid sekolah Malaysia sesi 2022/2023


Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan satu surat pekeliling ikhtisas (SPI) berkaitan Pelaksanaan Standard Pengukuran Indeks Murid Sekolah Malaysia Berumur Lima Hingga Sembilan Tahun Mengikut Kalendar Akademik Bermula Sesi 2022/2023.

SPI bilangan 9 tahun 2021 itu bertujuan menangani isu obesiti dalam kalangan murid sekolah seawal umur lima tahun. Ia juga untuk memberi kesedaran kepada murid tentang keperntingan mempunyai komposisi badan yang ideal dan melakukan aktiviti kecergasan secara tekal serta mengamalkan pemakanan sihat untuk kesejahteraan diri.

SPI tersebut juga disertakan dengan Buku Panduan Standard Pengukuran Indeks Jisim Badan [(Body Mass Index) BMI] untuk Murid Sekolah Malaysia berumur lima hingga sembilan tahun terbitan 2021 sebagai rujukan kepada semua prasekolah dan Tahap 1 sekolah rendah kerajaan, agensi kerajaan dan swasta termasuk tadika swasta.

SPI berkuatkuasa serta merta mulai hari pertama persekolahan berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023.

Muat Turun: SPI Bil.9/2022

Muat Turun: Buku Panduan Standard Pengukuran BMI Murid 2021
Previous Post Next Post