Urusan Kenaikan Pangkat PPP Gred DG32 - DG54, AKP Secara TBBK di KPM 2022


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Urusan ini terbuka kepada:
 
(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 bagi urusan JANUARI HINGGA JUN 2022;
 
(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JANUARI HINGGA JUN 2022;
 
(c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JANUARI HINGGA JUN 2022. Hanya dibenarkan bagi PPP yang BELUM menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA; dan
 
(d) Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi urusan JANUARI HINGGA JUN 2022.

Previous Post Next Post