Nasi kosong RMT yang tular bukan makanan RMT?

Kecoh sejak dari semalam berkenaan nasi kosong dihidangkan kepada murid program Rancangan Makananan Tambahan (RMT) oleh nenek saudaranya di media sosial.

Kemudian, Menteri Kanan Pendidikan pula berjanji untuk menyiasat perkara yang sebenar yang berlaku.

Tebaru, seorang influencer guru, Cikgu Emmet, telah membongkarkan sedikit kisah disebalik kejadian yang berlaku. Ikuti kisah beliau.

Saya ada lihat posting ini berlegar di garis masa facebook saya semalam. Namun saya masih belum mahu memberikan apa apa komentar. 

Ada beberapa faktor yang meragukan namun saya takut ada perbezaan di sekolah tempat saya mengajar dengan sekolah lain. 

Setahu saya makanan RMT di sekolah saya disediakan secara dalam bekas makanan (bento) bukan bekas tapau. Kemudian menu lauk pauk mesti dipamerkan dan makanan mesti mengikut menu yang ditetapkan. Selain itu murid mesti makan di sekolah dan tak boleh dibawa balik. Hatta susu sekolah pun mesti dihabiskan. 

Oleh itu saya meragui kesahihan gambar ini. 

Tak lama kemudian saya dapat info dari rakan yang menyiasat perkara ini mengatakan tapau itu memang benar benar wujud cuma ia bukanlah makanan RMT tetapi makanan yang disedekahkan oleh pengusaha kantin yang tidak mahu lebihan makanan terbazir. 

Jadi tak pasal pasal makanan sedekah tu diviralkan sebagai RMT. 

Saya harap janganlah ada pihak yang gemar menularkan berita yang tak pasti. Sila berhubung terus dengan pihak sekolah untuk mendapatkan penjelasan.


Previous Post Next Post