Susunan Logo Dalam Sijil, Kain Rentang, Bunting, Surat Rasmi Ikut Protokol

Penggunaan logo Jabatan/Kementerian di dalam dokumen rasmi sering menjadi kekeliruan kepada pihak yang kurang berpengelaman dalam bidang protokol. Ianya sering berlaku dalam penghasilan kain rentang, bunting, sijil dan kepala surat.


Kedudukan logo membawa erti dan maksudnya. Oleh yang demikian, dengan merujuk beberapa dokumen rasmi berkenaan protokol, kami kongsikan bagaiamana penyusunan sebenar logo.


Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) melalui laman web korporatnya menyediakan beberapa manual sebagai panduan.

Imej ehsan UTHM

Universiti Malaya (UM) melalui PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT (CCO)nya:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggunakan Jata Negara sebagai logo rasmi kementerian. Terdapat garis panduan yang telah disediakan oleh KPM di SINI. 

Sebagai panduan setiap sekolah yang memilik kepala surat rasmi masing-masing, anda boleh merujuk kepada Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2013 untuk meletakkan logo sekolah bersama logo Kementerian Pendidikan.


Untuk penggunaan logo di dalam sijil, pastikan kekanan agensi yang terlibat seperti mana yang ditetapkan dalam contoh dua universiti di atas. Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi Unit Koporat Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.


Previous Post Next Post