PICKids: Pendaftaran lebih 1 juta, ibu bapa digesa tidak lagi "tunggu dan lihat"



KUALA LUMPUR: Memasuki minggu ketiga pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), pendaftarannya kini sudah melepasi satu juta iaitu 28 peratus bagi cohort 5 hingga 11 tahun.

Perkara itu dijelaskan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Isnin.

Khairy turut berharap agar ibu bapa tidak lagi mengambil sikap "tunggu dan lihat" memandangkan kadar kemasukan hospital kalangan kanak-kanak mula meningkat.

Beliau turut berkongsikan graf data pendaftaran bagi PICKids dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendahului jumlah pendaftaran diikuti Putrajaya dan Pulau Pinang.



Negeri yang mencatatkan kadar pendaftaran PICKids paling rendah adalah Kelantan.

Dalam pada itu, Khairy turut berkongsikan data bagi liputan PICKids berdasarkan demografi utama termasuk bangsa, jantina dan data secara keseluruhan. Ia termasuk perincian berdasarkan etnik dan negeri.

Justeru itu, beliau memberi jaminan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggandakan usaha untuk mendekati komuniti di kawasan yang sukar mendapat liputan. Pada masa sama, Khairy turut berkongsikan data liputan PICKids di sekolah-sekolah dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mendahului jumlah sekolah di seluruh negara.

Melaka mencatatkan liputan di SJKC tertinggi diikuti Kuala Lumpur dan Kedah.

 

Previous Post Next Post