Rindu kenangan, murid melawat 'rumah baharu' cikgu lepas SPM


Hari terakhir menduduki peperiksaan SPM bagi pelajar tingkatan 5 selalunya dirai dengan penuh kegembiraan, namun tidak bagi sekumpulan pelajar ini. 

Melawat rumah baru cikgu lepas habis SPM Menerusi perkongsian @azeemiskndr, menyaksikan rakan-rakan sekelasnya berpakat untuk melawat cikgu kesayangan mereka di rumah barunya kerana tiada sosok insan itu pada hari terakhir di sekolah.
@azeemiskndr tiada cg tiada ilmu 🥰 semoga tenang di sana cikgu❤️🤲 al-fatihah 🥰 #fyp ♬ original sound - zeemmmm⚽

Apabila diamati, rumah baru yang dimaksudkan oleh mereka rupanya kediaman abadi cikgunya yang telah dijemput Ilahi sebelum sempat mereka mengucapkan terima kasih atas khidmat baktinya selama ini.

"Kami sayang cikgu sangat” 

Menurut salah seorang pelajar, arwah yang dikenali dengan panggilan Cikgu Normala seorang yang baik dan selalu bagi semangat serta nasihat. Lebih terasa disayangi apabila, arwah cikgu melayan mereka dengan baik walaupun dari kelas belakang.

Difahamkan, arwah cikgu Normala dijemput Ilahi selepas sebulan tidak sedarkan diri, namun mereka tidak dapat memastikan puncanya secara terperinci.

"Mesti arwah happy dapat pelajar macam ni" 

Walaubagaimanapun, siapa sangka rata warganet sekaligus mengagumi cara didikan arwah membentuk pelajarnya menjadi seorang insan yang baik. Malah, selepas pemergiannya pun, mereka masih menyantuni arwah walaupun terpisah antara dua dunia.

"Moga peroleh kejayaan tak disangka..." 

Dalam waktu sama, sebahagiannya turut mendoakan pelajar-pelajar itu agar kelak berjaya dalam kehidupan mereka selain berharap agar persahabatan mereka berkekalan.

 SUMBER: Tik Tok azemiiskdr

Previous Post Next Post