Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri penjawat awam dibayar bersama gaji April

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada Pesara Kerajaan. 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri melalui satu kenyataan media di dalam laman Facebook Jabatan Perdana Menteri.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022. 

"Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara," katanya.


 

Previous Post Next Post