Nasib guru anti vaksin KAFA diketahui selepas raya


SHAH ALAM: Nasib guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang digantung kerja enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 akan diketahui selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya akan meneliti semula perkara itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran baharu terhadap syarat pengambilan vaksin.

Katanya, penelitian perlu dilakukan selepas ketetapan yang dikeluarkan JAIS sebelum ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan guru dan murid.

"Masih berkuat kuasa, yang kita sudah ambil tindakan itu akan berterusan. Hal demikian kerana adakah orang awam mengambil vaksin sebagai satu keperluan terhadap keselamatan dan kesihatan atau hanya arahan semata-mata?
"Justeru, faktor demikian perlu diteliti semula untuk memastikan JAIS bertindak adil terhadap guru-guru KAFA yang dikenakan tindakan sebelum ini kerana enggan menerima vaksin. Itu yang saya akan semak dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

JAIS sebelum menggantung seramai 57 orang guru KAFA yang menolak vaksin selepas mereka dipanggil kerajaan negeri untuk sesi penerangan kali kedua susulan keengganan mereka berbuat demikian menerusi sesi khas dianjurkan JAIS pada September tahun lalu. 

Malah, Utusan Malaysia melaporkan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan tindakan penggantungan dibuat kepada guru berkenaan bukan langkah tergesa-gesa dan sudah pun melalui proses tatatertib sebagai penjawat awam,
Previous Post Next Post