Pengusaha kantin lingkup jika RMT tak tambah bajet

Imej hiassan

PUTRAJAYA – Kira-kira 7,000 pengusaha kantin sekolah tertekan apabila mereka masih menerima ‘bajet’ hanya RM2.50 bagi setiap murid untuk menyediakan menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT), sedangkan kos yang terpaksa ditanggung kini bernilai RM4. 

Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Khairuddin Hamzah berkata, program RMT kini dianggap satu bebanan kepada ramai pengusaha kantin di negara ini ekoran kenaikan kos bahan mentah sehingga  mereka langsung tidak mendapat untung, sebaliknya terpaksa menambah kos sebanyak RM1.50 dalam penyediaan menu makanan itu. 

"Pihak sekolah pula tetap meminta kami menyediakan menu seperti nasi ayam, buah-buahan dan air milo yang kini bernilaiRM4. Kalau macam ini, pengusahan kantin boleh lingkup jika terus tanggung kerugian," katanya.

Post a Comment

0 Comments