Bapa tidak puas hati rambut murid digunting guru, cadang panggil tukang gunting ke sekolah


Seorang bapa telah menyampaikan rasa ketidakpuasan hatinya dengan sebuah video yang viral menyaksikan seorang murid yang sedang digunting rambutnya oleh guru ketika perhimpunan.

Beliau meluahkannya di dalam satu hantaran Facebook yang kemudiannya ditularkan oleh netizen.

"Kita perlu ubah dah kaedah lama ni kepada kaedah baru yang lebih baik.

"Saya dah lama membenci perkara ini berlaku. Hari ini viral lagi video seumpama ini di media sosial." katanya.

Beliau memberi beberapa cadangan kepada sekolah untuk diambil tindakan.

Antara cadangan beliau adalah pihak sekolah boleh memanggil tukang gunting rambut. Rambut kemudiannya digunting serta merta sehingga pendek. Murid kemudiaanya diminta bayar upah guntingan tersebut. Kemudian murid perlu membayar denda.

"Ubahlah cikgu, sakit mata saya tengok perkara berlaku lagi. Apa yang cikgu dapat kalau gunting macam ni?" tanya beliau.

Beliau berharap pihak kementerian dan juga menteri cakna dengan apa yang berlaku dan berharap ianya berubah.

Cadangan beliau mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutama dalam kalangan guru. Ada yang berkata cadangan beliau itu baik tetapi kurang praktikal kerana murid tersebut sudah faham dengan undang-undang sekolah.

Ada juga yang bertindak mengecam beliau kerana sebagai ibu bapa, beliau juga harus cakna dengan penampilan anaknya apabila ke sekolah.

 

Previous Post Next Post