Elaun warden asrama sekolah KPM dinaikan - Radzi Jidin

PUTRAJAYA - Kementerian Penddikan Malysia (KPM) hari ini mengumumkan kenaikan elaun bagi semua warden asrama sekolah-sekolah seliaannya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh menteri kanannya, Dr Radzi Jidin di dalam satu rakanan video yang disiarkan melalui laman Facebook beliau.

"Dan hari ini saya umumkan bilangan warden asrama di semua sekolah asrama di bawah seliaan KPM akan ditambah seramai 3,813 org.

"Ini merupakan satu peningkatan sebanyak 63 peratus daripada 6,055 kepada 9,868 orang warden," katanya.

Beliau berkata, dengan penambahan bilangan warden ini, penggiliran jadual tugas warden akan dapat dilaksanakan di semua sekolah berasrama di bawah KPM.

"Selain daripada itu, kadar elaun warden asrama dinaikkan sebanyak 25 peratus. Ini menjadikan kadar baharu bagi Ketua Warden adalah RM350 sebulan, manakala untuk warden RM300 sebulan," katanya lagi.

Beliau memaklumkan, kali terakhir kadar elaun warden ini disemak adalah pada tahun 1997. Beliau berkata, kedua-dua penambahbaikkan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM19 juta.

Penambahbaikkan ini akan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2022.

"Pihak KPM mengucapkan penghargaan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan di atas penambahbaikkan ini," kata beliau lagi.


Previous Post Next Post