Logo dan Tema Hari Kebangsaan ke-65: ''Teguh Bersama"


Menteri Komunikasi dan Multi Media, Annuar Musa hari ini telah melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan 2022. Untuk sambutang yang ke-65, Malaysia telah memilih tema “Teguh Bersama” dan logo yang dipilih kelihatan seperti diolah daripada simbol Wi-Fi.


Menurut slaid pembentangan, logo Hari Kebangsaan tahun ini mengguna pakai konsep cakupan Internet untuk mewakili pendigitalan dan infrasturktur komunikasi berkembang pesat untuk kemudahan rakyat. 

Tiga calitan gelombang dengan tiga warna berbeza iaitu biru, kuning, dan merah melambangkan “Keluarga Malaysia” yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan latar belakang.

Satu titik di setiap calitan gelombang dikatakan mewakili keterbukaan setiap kaum dalam meraikan kepelbagaian landskap keluarga ini manakala titik tunggal di bahagian punca gelombang mewakili identity yang dilindungi keluarga ini.

Ketersambungan adalah satu isu yang hangat diperkatakan kebelakangan ini terutamanya apabila COVID-19 melanda. Negara ini sedang berada dalam fasa peralihan daripada 4G kepada 5G dan dalam proses tersebut, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi. Contohnya, implementasi 5G yang masih lagi tidak dapat diteruskan dek keengganan telco menerima konsep penyedia tunggal (SWN) yang dirangka kerajaan ini.

Rasional Atau Keterangan Logo

1. Keluarga Malaysia : merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran

2. Teguh : bermaksud kukuh, kuat dan erat

3. Bersama : membawa maksdu bersama-sama berserta atau bergandingan

4. Teguh Bersama : mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan ang dicapai secara kolektif serta mampan 

5. LOGO BERKONSEPKAN JALUR LIPUTAN INTERNET: Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

6. TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNING : Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.

7. TITIK MERAH : Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.

8. KEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELI: Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.



Previous Post Next Post