Murid dakwa dihempas guru hingga patah kaki

MARANG: Seorang murid lelaki patah kaki kanan selepas didakwa dihempas seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu ketika mangsa berusia sembilan tahun berada di sekolah berkenaan.

Sumber berkata, kejadian menimpa mangsa disedari ibunya berusia 36 tahun, kira-kira jam 5 petang pada hari sama selepas anaknya mengadu kakinya sakit.

"Mangsa memaklumkan guru itu mengangkat dan menghempasnya di atas kerusi sehingga kaki kanannya sakit.

"Guru dikatakan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan perlakuan mangsa ketika berada dalam kelas.

"Mangsa kemudian dibawa ke sebuah klinik untuk rawatan sebelum disahkan patah kaki kanan dan satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya. 

Sumber: Berita Harian

Previous Post Next Post