10 kriteria utama pihak sekolah perlu patuhi untuk 'tagging' opsyen guru dalam e-Operasi

Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu garis panduan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah bagi membolehkan pihak sekolah membuat permohonan untuk menambah maklumat mata pelajaran yang diajar selain opsyen ikhtisas guru.

Maklumat ini akan dianalisis melalui sistem e-OPERASI bagi mengenal pasti opsyen dominan guru untuk pelaporan pada BKSG.

Terdapat 10 kriteria utama Penandaan Opsyen Mata Pelajaran Guru. Penentuan opsyen dominan dan Penandaan Opsyen Mata Pelajaran Guru dibuat berdasarkan kepada salah satu kriteria berikut:

  1. mengajar mengikut kelulusan ikhtisas (sijil pendidikan/diploma pendidikan/ijazah sarjana muda pendidikan/kursus perguruan lepas ijazah); 
  2. mengajar mata pelajaran berdasarkan kelulusan ikhtisas sekurang-kurangnya 90 minit seminggu: 
  3. mengajar dua (2) atau lebih mata pelajaran ikhtisas: 
  4. memegang jawatan sebagai Guru Cemerlang:
  5. memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dan ke atas setelah menamatkan pengajian peringkat ijazah pertama dengan kelulusan KPM; 
  6. mengikuti Kursus Pertukaran Opsyen (conversion course)/Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) atau Program Tambah Opsyen yang diiktiraf oleh KPM; 
  7. menjadi pemeriksa kertas peperiksaan awam; 6.8 mengajar mata pelajaran bukan opsyen minimum 90 minit seminggu bagi tiga (3) tahun; 
  8. memperoleh ijazah pertama tanpa kelulusan KPM bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG40 dan ke bawah; dan 
  9. memperoleh ijazah sarjana atau ijazah kedoktoran.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui satu surat pekeliling ikhtisas KPM bilangan 5 Tahun 2022.

Previous Post Next Post