‘Benarkan MP Pembangkang masuk sekolah’ - PH

Imej via Yahoo! News

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin digesa supaya se gera mengeluarkan arahan membenarkan ahli Parlimen (MP) pembangkang masuk ke kawasan sekolah untuk lawatan tapak atau menghadiri majlis rasmi selaras dengan penggunaan peruntukan ahli Parlimen. 

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, dengan termeterai perjanjian Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MOU) antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH), semua ahli Parlimen daripada PH mendapat peruntukan bagi kegunaan kawasan Parlimen termasuk geran untuk sekolah sekiranya program, kerja pembaikan, naik taraf atau infrastruktur baharu itu bersesuaian.

"Persoalannya, bagaimana saya boleh memastikan kerja menaik taraf atau pembinaan infrastruktur di sesebuah sekolah disiapkan dengan baik dan mengikut piawaian ditetapkan jika saya tidak dibenarkan memasuki sekolah untuk melihat keadaan sedia ada, kerja pembaikan di tapak dan kerja yang telah siap?

"Saya merupakan ahli Parlimen dipilih secara sah oleh pengundi dan saya mempunyai akauntabiliti untuk menjelaskan kepada umum bagaimana peruntukan yang saya terima ini dibelanjakan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, peruntukan tersebut diluluskan oleh unit penyelarasan pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri tetapi Kementerian Pendidikan tidak membenarkan ahli Parlimen pembangkang memasuki sekolah untuk lawatan tapak atau menghadiri majlis rasmi sekolah yang berada di dalam kawasan Parlimen mereka.

Sumber asal - Sinar Harian

 

Previous Post Next Post