Kain rentang protes pentadbir, satu laporan polis telah dibuat - ADUN Senaling


3 September - Susulan tular kain rentang berkenaan protes Guru SMK Senaling, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling, YB Dato' Haji Adnan bin Abu Hassan memaklumkan perkara tersebut sedang disiasat oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) daerah tersebut.

"Pihak saya telah menghubungi Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengenai perkara ini dan pihak PPD telah turun ke SMK Senaling dan membuat siasatan mengenai protes tersebut

"Laporan polis turut dibuat bagi mendapatkan kebenaran mengenai aduan tersebut. Siasatan sedang dijalankan," kaatanya.

Walaupun makluman awal mengatakan majoriti guru-guru tidak bersetuju dengan kenyataan yang dituliskan pada kain rentang tersebut, beliau menasihatkan adalah lebih baik untuk menunggu hasil siasatan pihak polis. 

"Pejabat ADUN Senaling akan memantau isu ini bagi memastikan isu sebenar dapat diselesaikan dalam keadaan yang baik," katanya lagi.

 

Previous Post Next Post