"Kenapa sekarang baru menteri mahu jumpa saya?" - Influencer

Umum mengetahui perkembangan terbaharu Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin yang ingin bertermu dengan seorang influencer guru terkenal yang bakal dikenakan tindakan tatatertib, Cikgu Mohd Fadli Salleh setelah pendedahan yang dibuatnya di media sosial.

"Ramai wartawan dan rakan-rakan media cuba hubungi saya untuk temubual.

"Maaf rakan-rakan media sekalian, saya masih penjawat awam. Saya tak boleh bersiaran atau mengeluarkan kenyataan pada pihak media tanpa kelulusan KPM.

"Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin juga ada tag saya. Nak jumpa bincang isu yang saya sebut katanya.

"Baru malam ni beliau respon sedangkan saya berkali-kali tag beliau sebelum ini, saya komen di post beliau, saya komen di page KPM merujuk pada beliau sejak bertahun lamanya. Tak pernah beliau respon walau sekali. Baru malam ini ada respon," kata beliau.

Beliau turut mempersoalkan  tindakan Menteri Kanan Pendidikan itu.

"Kenapa agaknya baru malam ini? Bukan masa saya dipanggil unit integriti tahun lepas? Bukan masa saya tag dan komen pada post beliau dan post KPM berkali-kali sejak bertahun lama?" katanya lagi.

Influencer berkenaan berkata undangan tersebut adalah kerana kebangkitan rakyat. Beliau mendakwa rakyat marah sebab isu ini melibatkan anak-anak mereka juga.

"Orang ramai marah sebab KPM nak buang kerja kerana kejujuran saya.

"Kemarahan rakyat jangan dibuat main. Boleh tumbang satu negara. Boleh tumbang kerajaan kerana kebangkitan rakyat.

"Rakyat dah bangkit dan bagi signal merah malam ni. Agaknya setelah melihat kebangkitan rakyat yang terlalu kuat, baru Yb terus respon nak jumpa saya.

"Apa pun alasannya, tak apalah. Saya bersangka baik Yb cuba memahami denyut nadi dan luahan akar umbi. InsyaAllah one fine day kita akan jumpa," katanya.

Influencer tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang beri sokongan kepadanya. Beliau turut berkata, kewangan beliau masih kukuh untuk mengupah peguam. Beliau juga tidak bercadang untuk membuka apa-apa tabung bantuan.

"Dan kepada ahli-ahli politik tak kira dari parti mana, jangan gunakan isu ini sebagai modal politik kalian.

"Umum tahu saya tak pernah berpolitik dan tak pernah mendaftar sebagai ahli mana-mana parti politik. 

"Nak bantu sama-sama perjuangkan, silakan. Namun nak jadikan sebagai senjata dan modal politik, saya takkan bersama kalian.

"Okeh. Tu ja nak cakap. Selamat malam Malaysia." jelas beliau.

Previous Post Next Post