Netizen minta penjawat awam ubah cara kerja lepas dapat ‘durian runtuh’

 


PETALING JAYA – Pengumuman Bajet 2023 yang masih mengutamakan penjawat awam nampaknya mengundang reaksi kurang senang daripada sesetengah pihak.

Pembentangan Bajet 2023 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Jumaat lalu ternyata memberi durian runtuh kepada golongan itu apabila menerima jumlah bantuan mencecah RM2,500.

Tinjauan di media sosial mendapati, netizen melontarkan pelbagai kecaman selain mempersoalkan mengapa golongan itu diberikan terlalu banyak keistimewaan.

Susulan daripada itu juga, orang ramai meminta agar penjawat awam mengubah cara kerja mereka supaya setimpal dengan kelebihan yang diberikan oleh pihak kerajaan.

“Bonus penjawat awam antara tertinggi dalam sejarah. Harap yang selalu ponteng kerja, tak duduk di kaunter, makan sarapan berjam-jam dan hilang lepas makan tengah hari tak dapat duit ini. Baru adil,” kata Endie.

“Penjawat awam dapat naik gaji, bila nak raya siap dapat bantuan khas lagi. Jadi, kaunter semua kasi bukalah jangan ada 10 tapi buka tiga saja,” kata Yon.

“Dah dapat insentif tu biarlah efisien sikit buat kerja. Kaunter banyak, yang buka satu dua kaunter saja,” kata Naim.

“Banyak dapat tu, harap penjawat awam muka senyum sikit ya masa buat kerja jangan masam mencuka je,” kata Azimi.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM700, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM600 dan dibayar pada Mac 2023 bersama kenaikan gaji RM100. Sumber – KOSMO! ONLINE
Previous Post Next Post