Saya tak boleh campur tangan keputusan Lembaga Tatatertib - Radzi Jidin

SHAH ALAM - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan bahawa beliau tidak boleh campur tangan dalam sebarang keputusan daripada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan berhubung dakwaan salah laku guru matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh.

Ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, beliau enggan mendedahkan keputusan tersebut kerana ia bukan berada dalam bidang kuasanya.

"Saya tidak boleh (dedahkan). Itu bukan dalam ruang lingkup saya sebagai Menteri Pendidikan untuk masuk campur dalam urusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

"Ia ada 'border' (batasan) di mana keputusan itu akan dihantar kepada cikgu tersebut melalui ketua jabatan pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Majlis Pelancaran Inisiatif 'Reading Progress' Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sebuah hotel pada Selasa.

Sinar Harian

Previous Post Next Post