Guru perlu ubah gaya bahasa penyampaian PdP sementara tunggu silibus diubah - Pensyarah

Gags Teacher
0
Inej hiasan


KESUKARAN silibus menjadi topik hangat yang diperkatakan baru-baru ini sehingga banyak keluhan daripada ibu bapa yang membantu anak-anak menyiapkan tugasan sekolah. 

Bagaimanapun, untuk guru, kesukaran topik boleh diatasi dengan merangka pelan pengajaran yang membantu murid memahami perkara asas dengan konsep lebih kompleks. 

Oleh itu, perubahan dari segi strategi pengajaran mesti dilaksanakan untuk mengurangkan bebanan kognitif ini bagi mengaktifkan bahagian pemikiran otak. 

Antara cadangan boleh dipraktikkan oleh guru untuk membantu murid lebih memahami sesuatu topik yang sukar adalah membawa murid atau mengaitkan sesuatu topik itu kepada pengetahuan sedia ada mereka. 

Bahasa digunakan oleh guru perlulah bersesuaian dengan bahasa yang mudah difahami oleh murid. 

Murid sekolah rendah tahap satu mungkin tidak faham istilah‘mencari nafkah', 'bekerja sendiri', 'makan gaji', maka contoh-contoh berkaitan menggunakan bahasa mudah melalui metod dan strategi pengajaran bersesuaian. 

Aktiviti seperti penceritaan yang mengaitkan dengan pengalaman sedia ada murid mungkin akan lebih berkesan. 

Menunggu silibus diubah dan disesuaikan dengan kognitif murid mungkin mengambil masa yang lama. Oleh itu, amat penting untuk guru memahami dan mempraktikkan pembelajaran kognitif bagi membantu mereka merangka rancangan pengajaran berkesan untuk mengajar topik-topik yang mungkin sukar ini. 

Ia dapat membantu murid untuk belajar dengan lebih berkesan dan guru juga dapat menjadi pemudah cara dan mencetus minat untuk murid terus belajar. 

Kesukaran silibus ini perlu juga dilihat dari sudut pandang psikologi. 

Bebanan kognitif berpanjangan boleh melahirkan kesan stres dan kebimbangan terhadap pelajar. 

Tertekan kerana anak-anak ini mula berasa yang mereka tidak pandai dan tidak boleh memahami sesuatu perkara berbanding murid lain di sekolah. 

Sekiranya ini tidak dibendung, stres akut ini boleh menyebabkan terlahirnya stres kronik, iaitu kesan berpanjangan yang boleh memudaratkan diri para pelajar.

Kesihatan murid boleh terganggu disebabkan ketakutan untuk ke sekolah kerana faktor bimbang mereka tidak setanding atau sebaik pelajar lain. 

Secara tidak langsung ini boleh menurunkan minat hadir ke sekolah dan seterusnya terhadap pembelajaran. 

Tidak mustahil semakin ramai pelajar apabila meningkat dewasa lebih berminat untuk bekerja daripada menyambung pelajaran sekiranya perkara ini tidak dipandang serius.

DR. SHANINA SHARATOL AHMAD SHAH 
& DR. AZMAWATY MOHAMAD
Universiti Malaya

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)
Demos Buy Now