Pelaksanaan Kadar Baharu RMT Bermula 6 November 2022 - Radzi

3 Nov - Usaha KPM untuk menaikkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dapat dilaksanakan pada tahun ini. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan dalam satu hantaran di Facebook beliau.

"Kadar RMT bagi seorang murid dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung Malaysia dan RM3.00 kepada RM4.00 bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. 

"Kadar baharu ini akan berkuat kuasa mulai 6 November 2022," katanya.

Pelaksanaan kadar baharu ini memanfaatkan seramai 791,477 orang murid penerima RMT di seluruh negara. 

"Ini merupakan antara komitmen saya dalam memastikan kualiti makanan RMT kepada murid yang memerlukan adalah terjaga.

"Pelaksanaan kadar baharu ini juga pastinya memberi kelegaan kepada pengusaha kantin sekolah yang menyediakan RMT," jelas beliau lagi.

Previous Post Next Post