PRU15: Jumaat, Sabtu hari pelepasan am

Ismail Sabri


PUTRAJAYA - Jumaat dan Sabtu ini diisytiharkan sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan urusan rakyat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan kerajaan juga bersetuju supaya tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan November diawalkan pada 17 November manakala bayaran pencen diawalkan pada 14 November.

"Ketiga, bagi memudahkan pengundi balik mengundi, kerajaan ingin memaklumkan 30 konsesi lebuh raya telah bersetuju menawarkan kadar tol percuma selama dua hari kepada para pengguna sempena PRU15," katanya.

 

Previous Post Next Post