Cikgu Khatijah lakar kejayaan, sumber inspirasi GPM

Memperkasakan ANJAKAN, Membudayakan Muafakat  dan Menatijahkan NEKAD

Cikgu Khatijah Mohamad terus melakar pelbagai kejayaan, satu inspirasi buat semua Guru Perpustakaan Media (GPM).

Percaya bahawa pendidikan bukan sahaja di dalam bilik darjah, malah semua kawasan sekolah ialah sumber ilmu dan boleh dijadikan tempat pembelajaran dan pengajaran selaras dengan pendidikan abad ke 21. 

Beliau percaya bahawa di sekolah harus mempunyai pelbagai gaya pembelajaran dan pengajaran. Pusat Sumber Sekolah harus menjalankan tanggung jawab membina persekitaran yang boleh memberi kesegaran kepada minda warga sekolah.  Itulah pegangan cikgu Khatijah binti Mohamad yang bertugas di SK Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. 

”Apa yang saya boleh buat di sini ialah mencari aktiviti dan program yang boleh melestarikan kemenjadian murid serta membuat warga sekolah berasa gembiraapabila  berada di Pusat Sumber Sekolah ”katanya yang mula memegang jawatan Guru Perpustakaan Media pada Januari 2015.

Beliau mula mengorak langkah apabila berjaya mendapat naib Johan dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah negeri Terengganu pada tahun 2016 dan menjadi Johan dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah negeri Terengganu pada tahun 2017. 

Antara kejayaan tertinggi dalam pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah menjadi Johan bagi Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2018 bagi kategori Sekolah Rendah. Banyak Inovasi yang dicipta oleh Pusat Sumber Sekolah beliau seperti pembelajaran dan pengajaran berdasarkan simulasi sebuah kapal selam, Hutan Interaktif dan pebagai  inovasi yang selaras dengan PDPC  abad ke 21.

Pada tahun yang sama juga Pusat Sumber Sekolah, SK Kompleks Gong Badak ini diiktiraf oleh Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Pusat Sumber Sekolah paling aktif di Malaysia bagi tahun 2018.

Cikgu Khatijah binti Mohamad pernah dinobatkan sebagai Ikon Guru Perpustakaan Media negeri Terengganu pada tahun 2018.

Cikgu Khatijah juga merupakan Guru TV Pusat Sumber Sekolah( TV PSS)  yang juga dilantik pada tahun 2015.

Beliau tidak menunggu lama untuk menjadikan TV PSS sekolah beliau yang diberi nama ”MY SKKGB Channel” terus mendaki dan meraih  pelbagai kejayaan. Berjaya menjadi johan selama tiga tahun berturut turut dalam Pertandingan TV PSS Terbaik dan Pengacara TV PSS Terbaik negeri Terengganu  2016, 2017 dan 2018. Menjadi naib johan peringkat negeri pada tahun 2020 dan 2022.

Seorang murid yang dilatih oleh beliau adik Alya Batrisyia binti Akram berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Ikon Murid TV PSS Peringkat Kebangsaan pada tahun 2021. Apa yang lebih menarik apabila  Johan bagi Kategori Ikon Murid TV PSS peringkat Kebangsaan 2021 adik Mirrah Nashihin binti Akram merupakan produk dari TV PSS SK Kompleks Gong Badak ketika bersekolah di bangku sekolah rendah dahulu.

Kejayaan terbaru yang berjaya dibawah beliau ialah menjadi Johan Studio TV PSS peringkat Kebangsaan bagi kategori sekolah rendah pada tahun 2022.

Video terbitan TV PSS beliau yang bertajuk Meneroka DrawBridge telah disiarkan di DIDIK TV KPM pada 15 Oktober 2022.

Beliau juga pernah membuat pembentangan berkaitan TV PSS di peringkat antarabangsa  pada tahun 2018 yang bertajuk TV PSS MY SKKGB CHANNEL , Towards Generation 21 th Century Learning    di 11th INTERNATIONAL MALAYSIAN EDUCATIONAL TECHNOLOGY CONVENTION(BEST PRACTISES PRESENTER  )

Beliau bersama rakan rakan juga berjaya meraih pingat emas dalam Pertandingan Inovasi  di National Onvention innovation design & reearch (NIDR) 2022  anjuran Universiti Teknologi Mara dan Perpusatakaan Negara Malaysia  dengan projek yang diberi nama Bilik Tayang dan Studio Pintar SKKGB

Ternyata semenjak 2015- 2022 walau dalam jangka masa 8 tahun kejayaan silih berganti tanpa putus putus kerana bagi beliau sesuatu yang baik perlu diteruskan. Beliau turut berpesan ” Jangan buat sesuatu hanya kerana hendak masuk sesebuah pertandingan namun buatlah  kerana kita hendak lihat impaknya kepada kemenjadian murid. Kejayaan dalam sesebuah pertandingan hanyalah bonus dan percayalah jika buat daripada  hati yang sebu kasih sayang kepada murid murid, kejayaan akan datang tanpa putus putus, rezeki itu rahsia tuhan namun usaha itu pasti milik orang orang yang hendak berubah dan akhirya yang paling manis ialah melihat kegembiraan yang terukir di wajah anak anak murid kita”.  


Previous Post Next Post